Amalan Sengkak Peranakan
Assalamualaikum
Penting ke sengkak rahim @ peranakan ni? Kalau soalan ni ditanya pada mak-mak kita, makcik-makcik, opah-opah atau mereka yang arif dalam bab-bab kewanitaan ni mesti akan jawab YA, PENTING DAN PERLU!! dengan yakinnya. Macam tu jugak lah pada pandangan aku sebab sedari remaja lagi aku memang didedahkan dengan peri pentingnya menjaga luaran dan dalaman kesihatan dan tubuh badan seorang wanita.
Wanita yang sangat menitikberatkan perkara-perkara seumpama ini. Dari mula mengandung sampailah bersalin sampailah tempoh terpantang dan selepas pantang semua dijaganya dengan elok. Begitulah perihal sengkak peranakan ni.
orang bersalin normal kena sengkak..tapi orang bersalin czer tidak perlu sengkak?
apa itu sengkak?
uratan sengkak atau deep tissue massage dilakukan selama 3hari untuk mengemaskan keselurahan tubuh badan dan posisi rahim selepas hari ke40..
pada hari ke44 bersalin,sebagai rawatan penutup bersalin normal dilakukan sengkak peranak atau tetap batu merian atau womb uplift massage untuk menetapkan posisi rahim kembali ke tempat asal.Di sini bidan tahu keadaan dan kesihatan rahim ibu.
bagi perbidanan melayu,melakukan sengkak pada awal minggu sama sekali tidak boleh kerana rahim masih bengkak dan mantah.Perbuatan tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan serius seperti tumpah darah atau sekatan keluaran darah nifas.yang lebih memudaratkan ialah posisi rahim terbalik secara menunduk atau mendongak atau serong (intervorted/retroverted).Apabila ini berlaku ia boleh mengakibatkan ibu sukar hamil atau mudah keguguran.
Sengkak peranak hanya boleh dilakukan pada hari ke44 selepas 3hari dirawat dengan urut sengkak yang dimula pada hari ke40 bersalin.
ibu bersalin secara czer tidak perlu melakukan sengkak peranak iaitu tidak perlu diasak naik peranak.Ini kerana semasa melahirkan anak,ibu tersebut tidak melakukan sebarang peneranan seperti kelahiran normal dan rahim juga tidak bertukar posisi asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan