Halaman

Ahad, 28 Februari 2016

URUTAN TRADISIONAL SELEPAS BERSALIN

Rawatan mengurut selepas bersalin :
Seperti mana bertungku, mendapatkan rawatan mengurut juga penting walaupun selepas bersalin cesarean. Bagi rawatan mengurut, seelok-eloknya dapatkan rawatan dari bidan dan mereka yang berpengalaman dalam memberikan rawatan mengurut selepas bersalin. Almaklumlah, sekarang ni ada berbagai jenis tukang urut. Ada yang pandai urut untuk orang terseliuh kaki, urutan refleksologi, urut di spa dan dan dirumah urut.

Bagi mereka yang bersalin cesarean selalunya dirawat dihospital selama 3 ke 4 hari sebelum dibenarkan pulang kerumah kecuali bagi kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan lanjut dari doktor.
Sebaiknya anda mula mendapatkan rawatan mengurut pada hari ke 2 selepas kembali kerumah.
Tujuan urut selepas bersalin ialah :
• untuk mengembalikan kesegaran badan
membuang angin
• membetulkan urat yang tegang (part yang ni urut memang penting sebab selepas bersalin cesarean, urat-urat menjadi tegang kesan dari ubat bius yang diberikan sewaktu pembedahan)
• melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas
Jika anda tidak mendapatkan rawatan mengurut dengan segera, pasti badan akan sakit-sakit dan terasa berat serta susah untuk memusingkan badan sewaktu berbaring dan untuk bangun dari katil.
Seelok-eloknya, rawatan mengurut dilakukan diwaktu pagi sebelum mandi, dilakukan selama 3 ke 5 hari berturut-turut. Urutan bagi ibu bersalin sebenarnya adalah urutan yang lembut. Bahagian yang diurut pula adalah diseluruh badan, kaki, tangan dan kepala KECUALI bahagian perut bagi yang bersalin cesarean. Sememangnya perut tidak boleh diurut selepas bersalin cesarean bagi mengelak sebarang masalah kepada luka jahitan.
Biasanya urutan dilakukan dengan menggunakan minyak. Bagi sesetengah bidan, mereka membawa kelengkapan mengurut termasuk minyak dan bahan-bahan lain bersama mereka. Tetapi ada juga yang meminta agar anda menyediakan bahan-bahan untuk mereka. Jadi sebaiknya anda tanya bidan / tukang urut terlebih dahulu sebelum mereka datang agar segalanya berjalan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan